15 Pintu & 15 Senjata

March 18th, 2007 by wiaam

15 PINTU SYAITAN YANG ADA DIDALAM DIRI KITA

-    pintu marah
-    cinta dunia
-    kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
-    panjang angan-angan
-    rakus
-    bakhil
-    suka pada pujian
-    riak
-    ujub (merasa kagum)
-    takut dan gelisah
-    buruk sangka
-    memandang rendah pada orang lain
-    merasa suka pada dosa
-    merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
-    putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 SENJATA MENGHALANG SYAITAN
 
-    Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
-    Banyakkan berzikir
-    Banyakan Beristigfar
-    Baca "la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
-    Jangan tidur berseorangan
-    Baca doa pagi dan petang
-    Bersugi
-    Melaksanakan solat jemaah
-    Berwudhuk sebelum tidur
-    menutup aurat
-    Membaca doa masuk tandas.
-    Banyak berselawat pada hati
-    Bertaubat, beristighfar
-    Banyakan baca Al-Quran
-    Membaca surah Yassin setiap pagi

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN
 
-    Rumah yang bersih
-    Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
-    Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
-    Penghuninya jujur dan memenuhi janji
-    Penghuninya memakan makanan yg halal (& cara mendapatkannya halal)
-    Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
-    Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

13 Tips Eratkan Persahabatan

March 11th, 2007 by wiaam

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini.. Hangpa bacalah tip-tip yang diberikan di bawah..Aku ambik dari forward mail member aku. Cuba hangpa try tip-tip tersebut mana tau… yang ada masalah tuh bleh settle..

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu akan selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmu ada menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu factor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit sebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Panduan Memilih Sahabat

March 11th, 2007 by wiaam

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut,

1- Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2- Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segera mengusahankannya.

3- Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangannya.

4- Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata- katamu.

5- Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

6- Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7- Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

8- Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

9- Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

10-Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Berkata Hukama’
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu."

Rahsia 5 Jari

March 9th, 2007 by wiaam

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30’s kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari… nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang???

Ahlan wa Sahlan

March 7th, 2007 by wiaam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…

Dengan lafaz Bismillah, WiaaM merasmikan blog ini. (^_^)

Semoga ia memberi manfaat bersama